Aktiviti Stem – Pengenalan Warna
7 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2024, NADI Batas Lintang dan Tadika Kemas Simpang Ampat telah mengadakan aktiviti stem iaitu Pengenalan Warna. Tujuan aktiviti diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan mengembangkan ilmu kepada kanak kanak dengan kaedah yang lebih kreatif untuk menarik minat kanak kanak dalam mengenal warna.
Kesimpulanya, dengan hasil kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini, pihak NADI Batas Lintang dan Tadika Kemas dapat menjalinkan hubungan baik selain dapat mempromosikan kelebihan NADI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: